Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, 27 February 2018

BAJU KURUNG TERKINI


  • BAJU KURUNG MODEN
-Baju Kurung Moden ialah baju kurung yang dimodenkan dengan mempunyai potongan badan pada bahagian pinggang baju. Pada kebiasaannya, baju kurung ini adalah dari bahagian leher sehingga lutut dan dipadankan dengan kain simple seperti kain lipat depan, kain kipas belakang, kain ‘mermaid cut’ dan pelbagai lagi. Selain itu, baju kurung moden juga dapat dikategorikan untuk baju kurung yang ditambah dengan pelbagai fesyen di baju seperti lipatan bertindih, dan sebagainya. Baju kurung moden ini mendapat permintaan yang banyak dan sesuai digayakan ke pejabat malah untuk majlis lain juga.

  • MINI KURUNG
-Mini kurung bermaksud baju kurung tradisional ataupun baju kurung moden tetapi ‘mini’ iaitu ukuran bajunya adalah pendek dari paras leher sehingga ke bahagian peha. Baju kurung ini adalah antara baju kurung yang sangat popular di kalangan pekerja syarikat dan juga pelajar universiti atau kolej kerana design nya yang simple tetapi masih dapat kelihatan anggun dan ayu.

  • BAJU KURUNG PEPLUM
-Baju kurung peplum ialah baju kurung yang di modenkan dan uniknya baju kurung ini, pada bahagian bawah dada sehingga paras pinggang adalah kembang. Baju peplum ini dapat menampakkan betapa elegan dan menariknya wanita melayu dan pakaian melayu. Terdapat lambakan baju peplum di seluruh Malaysia kerana permintaannya yang sangat tingi. Bukan hanya di kalangan golongan dewasa sahaja malah untuk kanak-kanak juga adalah sangat popular.

  • DOLL KURUNG
  • Doll kurung adalah baju kurung yang mempunyai potongan kembang dari bahagian dada sehingga pinggang/peha. Baju design ini adalah sangat popular dari bermula dari tahun 2016 dan semakin digemari pada 2017. Mendapat tempat di hati kebanyakan rakyat Malaysia.

  • PLEATED BAJU KURUNG
-Pleated baju kurung adalah baju kurung yang mempunyai banyak lipatan dan material dari pleated design. Baju yang unik ini juga turut mendapat permintaan banyak pada tahun 2017 ini.

  • KURUNG KIMONO
-Baju Kurung Kimoni adalah di inspirasikan dari baju tradisional Jepun iaitu Kimono. Bahagian tengah baju ini terbelah dan mempunyai tali di bahagian pinggang untuk di ikat seperti kimono.
Kainnya pula adalah dari pelbagai design seperti mermaid design cut, kain belah tengah di hadapan dan sebagainya.

  • JUBAH MODEN
  • Jubah atau Dress Labuh atau lebih popular dengan nama ‘Maxi’ ini juga adalah sangat popular sepanjang tahun untuk digayakan. Jubah adalah sangat selesa digayakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua kategori umur.

0 comments:

Post a Comment