“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat
seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu
hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru
hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita
kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang
sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa
pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai
ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan
perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak
pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan
wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata
sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya
hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya
kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam
itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
0 comments:
Post a Comment